Kemelut Politik Perak

Filed under: by: Pejuang orang melayu

Kemelut Politik Perak


Kemelut politik Perak kian bercelaru. Ramai yang telah hilang pertimbangan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin dari peringkat atasan hingga ke ahli bawahan. Semuanya meluahkan perasaan.

Pejabat mahkamah tidak jemu-jemu diulangi. Balai polis tak putus-putus dikunjungi.
Sampai bila perkara ini harus berlaku dan berlarutan. Sampai ke anak cucu?
Persengketaan berlaku sebab rebutan kuasa. Pihak istana dilibatkan sama. Alim ulama dicaci-cela. Pihak istana diminta campur tangan untuk mengaturkan rundingan bersama.

Muhasabah dirilah bangsaku. Aturlah langkah segera sebelum Melayu bertambah parah dan punah. Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Bagi mereka yang telah terlanjur mencerca Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, berikan keampunan beramaran. Minta jangan diulangi lagi perkara seperti ini.
Semua saman mahkamah hendaklah ditarik balik dan dimansuhkan. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jangan sejarah Pak Kadok berulang di Perak.

Sekiranya terlaksana penyelesaian ini, semua rakyat Perak merasa lega. Masjid dan surau kembali diimarahkan. Kampung dan halaman hidup sepakat rukun dan damai.

Pas jangan biar diri terus menjadi tunggangan

Filed under: by: Pejuang orang melayu

Pas jangan biar diri terus menjadi tunggangan



Memperkatakan isu politik di Negeri Perak memang berat dan kecoh. Betapa tidak kerana bekas Menteri Besar negeri itu dan bekas ahli Exconya tidak faham sama sekali tentang kedudukan lantikannya.

Sangat mudah untuk difahami. Pelajar sekolah rendahpun kalau ditanya boleh jawab dengan mudah, bak kata Datuk Hassan Ahmad (mengira dalam bahasa Inggeris 3+2 > 5). Tetapi bekas Menteri Besar itu seorang jurutera dan kiraan matematiknya juga lebih susah dan berat.

Apa yang susah sangat. Mereka dipilih menerusi pilihan raya oleh rakyat sebagai wakil rakyat. Dan apabila mereka mendapat lebih perwakilan yang menang, mereka diangkat membentuk kerajaan.

Di kalangan mereka yang menang itu dicadangkan pula menganggotai Barisan Exco Negeri yang diketuai oleh seorang Menteri Besar. Menteri Besar dan Exco dilantik atas perkenan DYMM Sultan Perak.

Soalnya sekarang, Wakil Rakyat yang di sebelah pihak mereka seramai 31 orang itu tiga orang daripadanya keluar menjadi wakil rakyat Bebas, menjadikan jumlah majoriti mereka kurang kepada 28 sahaja. Tiga wakil rakyat tadi berpindah untuk menyokong Barisan Nasional yang sebelumnya 28 wakil, menjadi 31 orang seterusnya membentuk majoriti dan membentuk kerajaan. Hal ini menjadikan kerajaan yang tumbang itu kelam kabut dan memberontak.

Masalah Pas kini ialah daripada parti pembangkang yang dipandang tinggi serta dihormati kini bertukar menjadi biadap bukan sahaja kepada institusi Raja Melayu, malah masyarakat umum bangsa Melayu.

Kenapa sehingga seperti orang hilang pedoman. Kalau DYMM Sultan telah titah kosongkan jawatan, patuhlah. Begitulah akibatnya kalau sudah bersekongkol dengan PKR dan DAP, bagaikan 'kerbau yang terpalit lumpur'.

Pas harus berusaha untuk mengasingkan diri dari Pakatan Rakyat yang agendanya bagai 'nila setitik, habis susu sebelanga'. Rosak semuanya dan tidak boleh diminum.

Tidak mengapa kalau berjuang bersendirian, tetapi dihormati dan dipandang tinggi daripada berkumpulan dan menjadi tunggangan kepada orang lain.

Cuba tanya pada diri sendiri, adakah Pas memperjuangkan Islam untuk mengejar kebaikan dunia dan akhirat? Atau menjadi unta yang menyimpan air pada badannya untuk diberi minum kepada penunggangnya ketika di tengah padang pasir, dan seterusnya dibiarkan sahaja apabila penunggangnya sampai ke tempat yang dituju?

Ketuanan Melayu

Filed under: by: Pejuang orang melayu

Ketuanan Melayu


Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial.

Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini.

Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura.

Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan.

Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu.

Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.


-Dari Wikipedia Bahasa Melayu-

Krisis Perak : Mengikut Pandangan Pakar Undang-Undang

Filed under: by: Pejuang orang melayu


Krisis Perak : Mengikut Pandangan Pakar Undang-Undang



Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Datuk Seri Ir Nizar mengatakan bahawa sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam Artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat di dalam perlembagaan. Namun Datuk Seri Ir Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak eksklusif sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan pelantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a), kedua baginda mempunyai kuasa untuk ''tidak membubarkan dewan perwakilan'' (Parlimen atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament:

''Hung Parliament'' bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN.

Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihan raya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Bagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah Jumpa Sultan:

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak, Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan vote of no confidence (undi tidak percaya) terhadap Datuk Dr. Zamby. Untuk pengetahuan kedua-dua di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan vote of no confidence itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara vote of no confidence itu wajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun menghadap Sultan Perak untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihan raya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun Artikel 10(2)(c) menyatakan "Parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality."

Kesemua hujah di atas dibuat selepas saya merujuk kembali Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya di atas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Majlis Peguam dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan sultan mempunyai kuasa untuk memecat Datuk Seri Ir Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa sultan mempunyai kuasa eksklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terimalah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku di atas ''kebenaran'' undang-undang itu sendiri dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!


- SIDDIQ AZANI -
Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia

Sejarah Kepada Nama Negeri Perak

Filed under: by: Pejuang orang melayu

Sejarah Kepada Nama Negeri Perak


Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu. Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.


Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.

Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.

Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.

Tolong Sebarkan Demi Islam Tercinta... Ya Allah kau lindungi lah umat mu ini.... amin ya rabbal a'lamin...

Filed under: by: Pejuang orang melayu

Tolong Sebarkan Demi Islam Tercinta


Subject: The Holy Quran will be burnt on next saturday!!!!!!!!!!
Importance: High

The Holy Quran will be burnt on next
Saturday !!!!!!!


Carrefour refused to boycott Israeli/American/Denmark Products.

KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt
& Starbucks have decided to buy Denmark
Products to save their losses.

Boycott Denmark Products and Circulate this news to whoever you can!!!!!

Denmark wants to Burn the Holy Quran on next Saturday in the large grounds
in Coppenhagen (capital city of Denmark ),
in reply to the Islamic Boycott on their products.

Please let's get together to boycott their products, and pray to Allah
Almighty to show them the result of their
intentions, which will be a lesson for the whole world.

Forward this to as many friends as you can.

Denmark is Loosing

Please don't let this mail stop in
your pc.
Assalaam O Alaikum,

Great News

Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy
Prophet PBUH and till now they do not regret...
let us make them regret for good...The Danish Ambassador, Prime Minister
and Denmark National Channel; all are trying
to do something just to stop the boycott by Muslims since last month
through which their losses have reached 4 billion
Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could
reach around 80 billion Euro's loss. Believers
do not let this message stop in your PC. Please forward this text to as
many Muslims as possible ... Can't u spare 15
minutes in order to spread this message among
Muslims ...
ASAP? REMEMBER THE

PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF
JUDGMENT,' WHAT DID YOU DO
WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU
DEFEND ME?'
7up drink, LEGO, Cadbury chocolates, Hall Chewing gums or any
product with barcode no. starting with 57
Please convince all Muslims to circulate this to
Muslim ummah to ban
Danish made products.

Solat Istiqarah mohon petunjuk

Filed under: by: Pejuang orang melayu

Solat Istiqarah mohon petunjuk




KEGAWATAN politik di Perak adalah amat mendukacitakan orang Melayu dan umat Islam. Ia kini mencapai satu tahap yang semakin memalukan dan menakutkan. Orang Melayu dan umat Islam mula berbalah atas faktor politik dan kepartian.

Sedangkan sudah jelas dalam firman Allah dan hadis Nabi SAW yang mengharamkan penderhakaan kepada pemerintah khususnya kepada raja. Malah ulama politik mula mengemukakan 'nas-nas' mereka untuk meraih sokongan pengikut yang fanatik dan dikuasai nafsu amarah.

Di dalam situasi dan keadaan kedaulatan raja-raja dipermainkan apakah orang Melayu khususnya pendokong parti politik masih boleh bersandiwara lagi. Keputusan yang adil bagi menyelamatkan negeri atau negara juga dianggap sebagai menyebelahi pihak yang lain. Malah untuk duduk semeja demi agama Islam dan orang Melayu tidak lagi perlu dan kedegilan lebih diutamakan demi pengaruh dan kuasa masing-masing. Fungsi raja-raja dalam hal seperti ini juga sudah tidak mampu merungkai permasalahan yang semakin gawat.

Siapakah kita sebagai rakyat biasa untuk bertindak dalam mengajak pemimpin politik Melayu sama ada UMNO, Pas atau PKR untuk duduk semeja dalam menentukan agenda umat Islam dan kaum Melayu terus terpelihara, sedangkan kaum lain berseronok dengan percakaran antara kita kerana menguntungkan mereka.

Para alim ulama atau mufti juga sudah tidak mampu melakukan apa-apa kecuali melontarkan pandangan tanpa mahu diikuti oleh pemimpin politik yang semakin angkuh dan sombong dengan kemenangan mereka. Dalam situasi politik di Perak pula, pandangan mufti diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang kononnya arif dalam soal agama dan mengaku mereka lebih Islamik berbanding orang lain.

Justeru dalam keadaan kita semakin tidak tentu arah dan pelbagai dakwaan yang mengundang kekeliruan, saya menyeru dan memohon agar para mufti dan alim ulama menganjurkan solat sunat istiqarah di setiap masjid dan surau dalam negara kita pada hari-hari mendatang atau secara serentak pada hari Jumaat.

Dengan mengadakan solat ini, semua umat Islam diminta untuk memohon ke hadrat Allah agar menunjukkan yang mana benar dan yang mana salah.

Saya memohon agar Jabatan Agama Islam Negeri Perak mengeluarkan arahan kepada setiap masjid melaksanakan solat sunat istiqarah ini. Dan inilah senjata terakhir yang kita ada, jika kita tidak menggunakan solat dan doa ini maka adakah kita rela membiarkan keadaan ini berterusan dan kita terus terpedaya.

Insya-Allah bantuanNya pasti datang untuk memperlihatkan kita akan kebenaran atau kebatilan yang tersembunyi dari pandangan mata hati kita. Apa yang baik datangnya dari rahmat Allah dan kekuasaanNya, sebaliknya segala yang buruk itu ada dalam hasutan iblis dan kelemahan diri kita sendiri.

Karpal Sigh.. Keluar Dari Tanah Melayu Ni.....

Filed under: by: Pejuang orang melayu































































































Karpal Sigh.. Keluar Dari Tanah Melayu Ni.....

Gambar-gambar sekitar demostrasi di atas kenyataan karpal singh menghina ke atas DYMM Sultan Perak yang telah diadakan di pejabat UMNO Bahagian Tanjung Malim.
Satu laporan polis telah di buat ke atas Karpal Singh sejurus selepas itu.

SELAMAT DATANG KE BLOG PEJUANG MELAYU

Filed under: by: Pejuang orang melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG PEJUANG MELAYU

Harap maaf.. blog ini masih dalam pembikinan.. harap sahabat semua dapat bg cadangan atau idea untuk memantapkan blog ini.. terima kasih..
Takbir.. Allahhuakhbar....