Krisis Perak : Mengikut Pandangan Pakar Undang-Undang

Filed under: by: Pejuang orang melayu


Krisis Perak : Mengikut Pandangan Pakar Undang-Undang



Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Datuk Seri Ir Nizar mengatakan bahawa sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam Artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat di dalam perlembagaan. Namun Datuk Seri Ir Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak eksklusif sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan pelantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a), kedua baginda mempunyai kuasa untuk ''tidak membubarkan dewan perwakilan'' (Parlimen atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament:

''Hung Parliament'' bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN.

Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihan raya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Bagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah Jumpa Sultan:

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak, Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan vote of no confidence (undi tidak percaya) terhadap Datuk Dr. Zamby. Untuk pengetahuan kedua-dua di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan vote of no confidence itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara vote of no confidence itu wajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun menghadap Sultan Perak untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihan raya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun Artikel 10(2)(c) menyatakan "Parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality."

Kesemua hujah di atas dibuat selepas saya merujuk kembali Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya di atas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Majlis Peguam dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan sultan mempunyai kuasa untuk memecat Datuk Seri Ir Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa sultan mempunyai kuasa eksklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terimalah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku di atas ''kebenaran'' undang-undang itu sendiri dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!


- SIDDIQ AZANI -
Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia

3 comments:

On 18 Februari 2009 9:59 PG , Panglima Perang Cyber berkata...

ada artikel tentang hakim PAS yg akan adili kes Nizar.

minta diedarkan segera oleh sahabat BPN.

tq

 
On 18 Februari 2009 12:56 PTG , Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
 
On 18 Februari 2009 1:33 PTG , Muhammad Azli Shukri berkata...

info yang sangat berguna.