Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?

Filed under: by: Pejuang orang melayu

Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?


Dalam pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini.

Cukuplah selama ini Melayu berpecah kerana perbezaan ideologi politik. Sebaliknya carilah segera titik persamaan yang boleh mengembalikan kekuatan Melayu di tanah air tercinta ini.

Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.

Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.

Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.

Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas?

Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO dan perkara ini amat jelas dalam al-Quran ayat 94 Surah An-Nisa yang bermaksud;

Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?"

2 comments:

On 20 Jun 2009 pada 11:50 PTG , Mohd Afdzal Mokhtar berkata...

depa lagi suke duk nagn kapir drpd duk ngan org islam sendiri


anakmelayu30.blogspot.com support bro..

 
On 21 Jun 2009 pada 9:47 PTG , Tanpa Nama berkata...

Sbb DAP jelas mereka itu kufur iaitu berbeza dari segi aqidah tetapi memegang kuat keadilan dan menentang korupsi sedangkan UMNO w/p Islam memiliki ciri2 kaum yang munafik yg merupakan musuh dalam selimut paling besar kepada umat Islam. Untuk jelas baca artikel dlm saifulislam.com antara kuffur dan munafiq. Yang mana boleh dibuat kawan.

Adios...